Wednesday, January 30, 2013

TKPPePG

Tabung Kebajikan Pendidikan 

Program e-Pendidikan Genius

www.epgenius.com.my
********************************************************

Awasi Pihak Pungut Derma Guna Nama Tabung E-Genius

KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) -- Ada individu tertentu kini menyamar untuk mengutip derma kononnya bagi Tabung Kebajikan dan Pendidikan Program E-Pendidikan Genius, sebuah tabung bagi menjayakan program pendidikan di seluruh negara.

Pengasas tabung itu, Jasmi Md Jais, berkata pihaknya tidak melantik individu berkenaan dan tidak menerima sumbangan wang tunai melebihi RM5,000.

"Kami mempunyai akaun sendiri untuk menyimpan setiap sumbangan yang setiap pendermanya layak diberi potongan cukai pendapatan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri," katanya kepada Bernama hari Selasa.

Tabung berkenaan didaftar pada 2003 di bawah Kementerian Kewangan yang bertujuan membantu menyediakan komputer dan perisian di sekolah di samping menerbitkan bahan bacaan.

Jasmi berkata laporan polis telah dibuat berhubung kegiatan pihak tersebut yang identiti dan tempat operasi mereka turut dikenal pasti.

-- BERNAMA 

Organic Listing Variations
1.
TKPPePG - Tabung Kebajikan dan Pendidikan, Program e-Pendidikan Genius
Konsep komputer animasi biasanya merujuk kepada kepenggunaan komputer sebagai ... grafik, selain terdapat banyak teknik untuk mencipta imej-imej tersebut. ...
2.
Jetline Limited
Schedule to commence with full scale commercial operation in July 2008, JETLINE is gearing and grooming the airline company to set its first maiden ...
3.
Jetline Limited
Schedule to commence with full scale commercial operation in July 2008, JETLINE is gearing and grooming the airline company to set its first maiden ...
4.
Jetline Limited
JETLINE LIMITED (JETLINE) aims to become a total solutions provider in the Aviation ... FUTURA INTERNATIONAL AIRWAYS S.A., a Spain based company is an ...
5.
Jetline Limited
JETLINE LIMITED (JETLINE) aims to become a total solutions provider in the Aviation ... FUTURA INTERNATIONAL AIRWAYS S.A., a Spain based company is an ...
6.
TKPPePG - Tabung Kebajikan dan Pendidikan, Program e-Pendidikan Genius
Kerjaya sebagai ahli Farmasi kurang popular di Malaysia berbanding dengan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Eropah. ...
7.
TKPPePG - Tabung Kebajikan dan Pendidikan, Program e-Pendidikan Genius
Klik ke laman Tabung Kebajikan dan Pendidikan, Program E-Pendidikan Genius .... 1) Penubuhan Kolej Kemahiran Dan Teknikal Perindustrian. ...
8.
TKPPePG - Tabung Kebajikan dan Pendidikan, Program e-Pendidikan Genius
Bendera itu sendiri membawa makna kerjasama yang erat di antara Raja dengan Rakyat Baginda. Bendera Negeri Kedah Darul Aman ...
9.
TKPPePG - Tabung Kebajikan dan Pendidikan, Program e-Pendidikan Genius
Lingkaran padi pada lambang negeri Perlis memberi maksud pekerjaan utama dan hasil ... Lambang itu keseluruhannya bermakna kebanggaan negeri itu kerana ...
10.
TKPPePG - Tabung Kebajikan dan Pendidikan, Program e-Pendidikan Genius
Sebarang usaha menghubungkait, mengguna dan membabitkan nama Tabung atau isikandung program e-pendidikan genius dengan apajua cara, maksud dan tujuan urusan ...

Thursday, January 17, 2013

Cover Hot - Dikir Serabut Weh (Bosan)

Lyric of this song~

Aku sikik pun tok herey,
Mung royak ado gewey,
Aku sikik pun tok bimbey,
Jate buke mung sorey.

Saye bagi mung suko-suko (suko-suko)
Cinto bagi mung takdok gapo.
Aku beci ko peranga mung,
Aku pung raso doh jemu,
Mung gi la jauh darri ku,

Aku Bosey Bosey Bosey, *aaaargh serabuukkweyhh*

Bosey tengok ko gayo mung,
Duk teybeng depey mato ku,
Sikik pun aku tok lalu,
Aku bosey bosey bosey.
-----------------------------

in translate ke Bahasa..

Aku sikit pun tak heran,
Kau cakap kau dah ada gf,
Aku sikit pun tak bimbang,
Lelaki bukan kau sorang,

'Sayang' bagi mu 'Suka-suka' (buat main-main)
'Cinta' bagi mu, 'Takde Makna'
Aku benci perangai mu,
Aku pun dah jemu,
kau pergilah jauh dariku,

Aku Bosan Bosan Bosan, *aaaargh Meluattnyaa*

Bosan tengok lagak gaya mu,
Menyemak depan mata ku,
Sikitpun aku taklalu, (takteringin)
Aku Bosan Bosan Bosan

P/s : dengar kata ni semua sedara mara Neelofa..  comey2... ni bukan suara diaorang miming je.. :)

Gadis dibelasah sebelum diperkosa

Kuala Lumpur: Padah mengikut teman lelaki pulang ke rumahnya di Jalan Ipoh, seorang gadis berusia 19 tahun dibelasah abang teman lelakinya dengan penyangkut baju selain kepalanya dihentak ke bucu katil sebelum dirogol lelaki berkenaan, kelmarin.

Difahamkan, abang kepada teman lelaki mangsa turut merakamkan aksi dia merogol mangsa menggunakan telefon bimbit sebelum disebarkan kepada rakannya.

Sumber polis berkata, dalam kejadian jam 12 tengah malam itu, mangsa keluar dari rumahnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak untuk berjumpa dengan teman lelakinya dengan menaiki teksi.

Katanya, sebaik tiba di Jalan Ipoh, teman lelakinya membawa mangsa balik ke rumah sewanya dan mereka melepak di dalam bilik.

“Bagaimanapun, beberapa jam kemudian, teman lelaki mangsa keluar membeli makanan sementara mangsa menunggu di dalam bilik.

“Kesempatan itu digunakan abang kepada teman lelaki mangsa untuk masuk ke dalam bilik dengan tiba-tiba sebelum memaksa mangsa mengadakan hubungan seks dengannya,” katanya.

Beliau berkata, apabila mangsa melawan, lelaki itu bertindak ganas dengan membelasah mangsa dengan penyangkut baju dan menghentak kepalanya di bucu katil hingga separuh sedar.

“Tanpa belas kasihan, mangsa dirogol dua kali hingga pengsan.

“Keesokannya, mangsa hanya sedarkan diri hasil bantuan seorang rakan teman lelakinya yang menyimbah air pada mukanya sebelum memaklumkan abang teman lelakinya sudah menyebarkan video aksi seks mangsa dirogol kepada rakannya,” katanya.

Susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Jinjang.

Jurucakap polis mengesahkan ada menerima laporan kejadian itu.

Harian Metro - 2013/01/17