Thursday, September 19, 2013

Tazkirah 13 Zulqaedah 1434 -Apa Khabar Iman

Tazkirah
13Zulqaedah 1434@19/9/2013

Apa Khabar Iman

Iman manusia biasa ada naik dan turunnya. Iman malaikat tidak naik dan turun manakala iman nabi2 sentiasa naik tidak sesekali turun. Jadi bagaimana caranya kita sebagai manusia biasa ini sentiasa dalam keadaan berasa beriman?

Seperti yang saya tonton dalam Astro Awani ketika itu menyiarkan rancangan ilmiah menampilkan seorang ulamak terkenal Indonesia iaitu Kiai Aa Gym telah diajukan soalan oleh penonton di studio  ”Ustaz kenapa ya apabila di masjid iman kita terasa naik dan berkobar2 tetapi apabila keluar sahaja dari masjid ia semakin menurun beransur2 hilang?”

Kiai Aa Gym menjawab “Cuba kamu lihat telefon bimbit jika baterinya lemah apa perlu dibuat? Ya.. jawapannya harus dicaj. Jadi begitulah diri kita sentiasa dicaj agar iman sentiasa dalam keadaan ‘full’ .

Oleh itu sama jugalah kita dalam kehidupan harian jika kita berasa tidak bermotivasi sentiasalah membaca, melihat, dan mengingati perkara2 yang boleh menaikkan motivasi kita. Seperti sesetengah orang yang meletakkan gambar2 atau kata2 perangsang di bilik tidur. Jadi jika soal iman ini pula apa salahnya kita letakkan ayat2 atau hadis2 nabi untuk kita memperingati diri kita yang sentiasa lalai.

Selain itu mungkin ringtone handset kita juga boleh diubah kepada ayat2 Al-Quran atau lagu nasyid yang mengagungkan Allah tetapi awas pastikan ketika di tandas harus di ‘silent’kan handset dan ketika ingin mengangkat handset kita itu biarlah dihabiskan kalimah yang berkumandang supaya sempurna sebutannya agar ia tidak lari maknanya.

Amalan yang lain pula selalu2lah bersembahyang berjemaah kerana kaum lelaki dituntut bersembahyang berjemaah di masjid kerana di masjidlah kita dapat mengekalkan istiqamah untuk beribadat kepada Allah. Disitulah juga kita mengenal orang2 yang alim dan ustaz yang kita dapat bertanya mengenai agama.

Selain itu  amalkan zikrullah. Sesungguhnya zikrullah itu akan menjadi benteng kepada tentera2 syaitan laknatullah daripada menghasut kita.
Manisnya iman itu akan terasa apabila hati kita sentiasa khusyuk dan seronokberibadah kepada-Nya.

Wassalam

Credit : Zul imran @ Papaju

Tazkirah 14 Zulqaedah 1434

Tazkirah
14Zulqaedah 1434@20/9/2013

Pada Sebuah Nilai
---------------------------------------

Katakanlah pada suatu hari, datang seorang pemuda tampan yang sudah lama diminati melamar diri anda, dalam masa yang sama dia menjadi rebutan ramai muslimah di kolej anda, padahal anda bukanlah seorang wanita yang dirasakan layak, jauh sekali memikirkan bahawa situasi ini akan berlaku kepada diri?

Ketika itu anda adalah orang yang paling bertuah kerana apa yang diidamkan selama ini datang di depan mata. Hati hanya berkata:"Inilah nikmat".

Katakanlah pada suatu hari, seorang fakir yang hampir pengsan akibat tidak menjamah makanan selama lima hari telah dihadiahkan dengan sebuku roti kering dan sebotol jus buah-buahan. Ketika nyawanya hampir ke hujung tanduk, ada nikmat berupa makanan datang kepadanya.

Jika dia seorang yang beriman, pasti hatinya akan berkata:"Ya Allah, inilah nikmat. Aku harus bersyukur." Pada ketika itu jejaka tampan bukan lagi menjadi nikmat kepadanya, baginya sekeping roti lebih berharga daripada seorang lelaki idaman.

Katakanlah, anda seorang yang berada dan layak digelar jutawan. Mempunyai aset harta yang bernilai jutaan ringgit. Rumah dan kereta mewah bukan lagi menjadi suatu yang dianggap besar. Apa yang ada di hadapan mata atau yang terlintas difikiran anda pasti akan menjadi milik anda dalam sekelip mata.

Pada ketika itu, dimanakah nilai sebuku roti kering yang menjadi nikmat kepada si fakir yang sedang dalam kelaparan tadi jika ia dihulurkan kepada anda?

Adakah anda pernah terfikir bahawa nilai nikmat pada setiap orang itu berbeza-beza?

Sampaikan ada manusia yang kabur menilai nikmat.

Ada manusia, sebuku roti itu adalah nikmat baginya dan lambang kesyukuran untuknya. Ada manusia kesenangan adalah nikmat yang paling besar baginya kerana dia telah lama menderita. Ada manusia lain yang sudah bertahun-tahun lamanya menderita sakit lalu merasakan nikmat sihat adalah nikmat yang paling berharga buatnya.

Ya, nikmat yang dikurniakan itu sangat berbeza pada setiap individu. Sehinggakan ada manusia yang tidak tahu menilai nikmat yang datang kepadanya. Baginya, nikmat atau laknat sama sahaja.
Lalu bagaimanakah kayu ukur sebuah nikmat itu?

Pada nikmat yang diberi atau kepada yang menerima nikmat?
Jawabnya: Nilai dan kayu ukur sebuah nikmat terletak pada erti bersyukur.

Seorang yang kaya-raya tidak akan tahu menilai mana satu rezeki yang berupa nikmat kepadanya kerana dia berkuasa memperolehi segala-galanya melainkan dia tahu akan erti bersyukur. Dengan bersyukur, dia bisa menghargai segala kurniaan yang datang kepadanya samada kecil atau besar, sama ada diperlukan atau tidak dan sama ada sikit atau pun banyak. Dia akan sentiasa bersyukur ketika dia menghadapi situasi senang mahupun sukar.

Pendek kata, Allah S.W.T  tidaklah memandang sebesar mana nikmat yang diberikan oleh-Nya kepada manusia, tetapi melihat sejauh mana sikap manusia yang tahu bersyukur dalam setiap nikmat yang dikurniakan. Apabila seorang hamba itu bersyukur, dia akan menghargai nikmat yang datang sekaligus menghargai pemberi nikmat, iaitu Allah S.W.T.

Wassalam

Credit to: Zul Imran @ Papaju