Tuesday, June 19, 2012

Siti Nurhaliza Kena Raba?

Siti Nurhaliza Kena Raba? Apa la keyword nie?? Saja je diaorang nak bermain dengan keyword yang agak lucah nie... Tetapi terus terang ianya agak berhasil untuk menarik orang untuk ke laman web kita... Keyword Siti Nurhaliza Kena Raba? Ni memang biasa... Paparkan Picture Siti Nurhaliza sedang menangis... Pastu gambar bawah gambar orang hutan tangan dia cam meraba Siti Nurhaliza.. huhuhuhu

Tuesday, June 5, 2012

Noda dalam rumah

MELAKA: Dua lelaki seorang daripadanya patah kaki kanan akibat kemalangan, didakwa secara berasingan di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas kesalahan merogol gadis bawah umur, masing-masing di Taman Rambai Utama dan Kampung Bertam Ulu pada Februari lalu.

Bagi kes pertama, Muhammad Hazmin Badrul Shah, 23, yang bekerja sebagai budak penghantar, didakwa merogol seorang gadis berusia 15 tahun di sebuah rumah di Jalan RU 2, Taman Rambai Utama, antara jam 2 petang hingga 3 petang pada Februari lalu.

Sementara itu, pekerja kontrak, Muhammad Syahmy Zainal, 20, pula didakwa merogol seorang gadis lain yang berusia 14 tahun, di sebuah rumah di Batu 9 3/4, Kampung Bertam Ulu antara jam 8 pagi hingga 9 pagi pada 26 Februari lalu.

Kedua-dua tertuduh yang mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan masing-masing didakwa mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Shazwani Ishak, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Harian Metro,05-06-2012

Thursday, May 31, 2012

Hari Tanpa Tembakau 2012 kurang sambutan?

Rasa-rasanya? memang kurang sambutan pun.. Rata-rata rakan-rakan yang boleh dikategori sebagai perokok tegar tak tahu pun pasal hari ini.. Kalau dilihat di facebook, ucapan khas untuk hari tanpa tembakau ini hanya dilakukan dari seorang isteri kepada suaminya.. hahahaha...

Ada ke, dikalangan perokok tegar yang mampu kata.. sempena hari tanpa tembakau ni aku tak hisap rokok untuk sehari?? hahahaha.. cam susah nak jumpa kut..

Orang kata ataicha senang ler tak merokok... hahaha.. yup ataicha memang tak merokok... iya ke? dulu ada laa.. tapi social smoker je... kira ada rokok lebih hisap.. tu pun zaman rokok murah...

selalu kan orang kata kalau la orang hisap rokok tu simpan duit yang dia guna untuk rokok sure dah kaya... iya ke? kalau ikut calculation mmg la boleh, sekotak sehari sama dengan RM10 (anggaran laa erk) darab 30 hari... so RM300 sebulan setahun RM 3600, 10 tahun dah leh simpan RM36,000.. fuyoo... kalau ikut calculation nie.. memang terbaik.. cuma soalan cepumas yang tanya tu ada ke duit banyak nie.. hahahaha...

Sebenarnya, kalau tak dihabiskan untuk rokok.. duit tu ataicha rasa habis ke lain gak... tul tak?...

Dah terkeluar dari topik plak.. gini je.. kepada perokok tegar.. sempena hari tanpa tembakau yang diadakan setiap tahun pada 31 Julai... apa kata korang hormat kat orang-orang yang tak merokok.. sehari je bro... cuba test korang boleh tak hidup tanpa rokok??? Ala nanti korang kena stop smoking gak di siang hari pada bulan puasa... ke tak puasa?.. Fakta yang belum pasti erk.. ramai lelaki yang merokok, kalau tak makan tu no hal.. tapi kalau tak merokok... pusing satu kepala.. last-last ponteng puasa... alang-alang dah ponteng makan je la sekali... hahahhaa...

Bahayakan rokok.. sampai orang susah nak stop... kesihatan tu sure laa.. tapi itu hak individu... cuma harap perokok-perokok tegar hormat orang lain erk.. awak hisap rokok ada filter.. asap yang dihembus tu yang dihirup plak direct... so effect terbesar kat orang lain.. so tengok-tengok laa tempat korang nak hisap tui tak menganggu orang lain k...

Menggigil parang di dada

BUKIT BERUNTUNG: “Saya menggigil dan terpaksa menyerahkan barang kemas yang dipakai kepada penjenayah yang meletakkan parang panjang tajam pada dada,” kata Sharifah Rodhiah Syed Nong Chik, 47, menceritakan detik dia diragut ketika berjoging, awal pagi semalam.

Kejadian berlaku jam 7.10 pagi di Jalan Adenium 2G/4, Pusat Perniagaan Adenium, di sini, ketika mangsa bersama jirannya, Siti Norhasmida Abdullah, 64, berjoging di taman itu.


Katanya, enam lelaki berumur 20 hingga 30 tahun menunggang tiga motosikal memintas mereka.

“Mereka seperti mahu bertanya arah jalan, tetapi bertukar ganas dengan mengeluarkan parang dan tiga pisau rambo yang diletakkan pada dada saya sambil mengarahkan menyerah barang kemas dipakai.


“Saya panik dan amat takut ketika penjenayah mengarahkan saya tidak melawan kehendak mereka. Seorang daripada lelaki itu merentap gelang tangan dan rantai leher saya manakala rakannya mengepung saya,” katanya ketika ditemui, semalam.


Menurutnya, dia berjaya memujuk kumpulan penjenayah itu supaya tidak merampas beg tangannya yang mengandungi dua telefon bimbit dan wang RM15.

Katanya, penjenayah mengambil masa kurang dua minit menyamun barang kemas yang berharga RM5,000 itu.


“Rakan saya berlari ke rumah jiran berhampiran meminta pertolongan, tetapi sudah terlambat.

“Saya tidak menyangka aktiviti berjoging sejak lebih sebulan lalu dalam taman ini diperhatikan penjenayah,” katanya.


Sharifah Rodhiah berkata, sambil berlari pulang ke rumah dia menangis sekuat hati kerana ketakutan.


Katanya, dia menelefon suami, Mohd Kamaruddin Sangit, 55, yang berniaga di Bukit Antarabangsa di Hulu Klang ketika itu memaklumkan kejadian itu.


Beliau berkata, suaminya tiba di rumah jam 9 pagi membantu menenangkannya. Mangsa ditemani jirannya membuat laporan di Balai Bukit Sentosa pada jam 2 petang.

Kereta terperosok belakang treler

REMBAU: “Sebaik keluar, saya terkejut melihat sebuah kereta terperosok di belakang treler dipandu manakala pemandunya keluar menyelamatkan diri.

“Tanpa berfikir panjang, saya segera berlari ke arah tempat memandu untuk mengambil gas pemadam api tetapi gagal berikutan api semakin marak,” kata pemandu treler, Razi Jaafar, 47, yang terbabit kemalangan dengan sebuah kereta hingga menyebabkan kedua-dua kenderaan itu musnah terbakar di Kilometer 231.6, Lebuh raya Utara Selatan arah utara di sini, semalam.


Dalam kejadian jam 8.04 pagi itu, treler berkenaan dalam perjalanan dari Batu Pahat, Johor menuju Pulau Indah, Selangor membawa muatan lima kepala lori jenis Volvo.

Sejurus tiba di lokasi kejadian, Proton Wira dipandu seorang lelaki melanggar belakang treler itu menyebabkan berlaku kebakaran yang memusnahkan kedua-dua kenderaan berkenaan.


Bagaimanapun, kepala treler itu dapat diselamatkan selepas pemandunya meninggalkan badan treler itu.


Menceritakan detik cemas itu, Razi berkata, ketika kejadian, dia memandu di lorong paling kiri sebelum dikejutkan dengan dentuman kuat dari arah belakang.

“Bagi mendapatkan kepastian, saya segera memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan dan mendapati sebuah kereta sudah terperosok selain api yang turut marak.


“Saya cuba memadam kebakaran, namun gagal. Bimbang keadaan bertambah buruk, saya meninggalkan badan lori dan memandu kepala lori sejauh 20 meter dari tempat kejadian sebelum menghubungi Bomba dan Penyelamat untuk meminta bantuan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Dia yang baru memandu lori setahun lalu berkata, ini kali pertama terbabit kemalangan dan bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan serius.


Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Rembau, Zamrus Zainal berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian termasuk dengan bantuan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Senawang dan Alor Gajah, Melaka.


“Kita berjaya mengawal kebakaran dalam tempoh 10 minit dan pemeriksaan mendapati pemandu treler tidak mengalami kecederaan.

Bunuh isteri baru kahwin

Oleh Zulfa Mohamad
am@hmetro.com.my

BUKIT MERTAJAM: Akibat tidak puas hati dengan hasil jualan gerai makan didakwa dibolot sepenuhnya oleh isteri, seorang lelaki warga Myanmar tergamak mencekik hingga mati wanita yang baru dikahwininya itu, baru-baru ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang di sebuah rumah kampung di Perai, dekat sini, Ahad lalu, suspek berusia 20 tahun didakwa membunuh isterinya dikenali sebagai Hema, 22, selepas mendakwa mangsa membolot kesemua hasil jualan perniagaan dan kemudian menghantar kepada keluarganya di Myanmar.

Difahamkan, walaupun masih dalam tempoh ‘berbulan madu’ selepas pasangan berkenaan dikatakan mendirikan rumah tangga dua bulan lalu, kemarahan melampau akibat tidak diberikan wang hasil jualan mendorong suspek bertindak demikian.

Sejurus mencekik isterinya, suspek terbabit dikatakan menghantar mayat mangsa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) dengan mendakwa isterinya membunuh diri dengan menggantung diri.

Drama ‘jiran’ buang ayah

Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki berusia 40-an tergamak menghantar bapa kandungnya berusia 70 tahun yang diserang angin ahmar ke Pusat Jagaan Nur Ehsan, Kempas, di sini, dan enggan mengaku dia anak warga emas itu, sebaliknya mendakwa dia hanya jiran yang prihatin terhadap nasib lelaki tua berkenaan.

Bagaimanapun, tembelang lelaki terbabit yang juga jurutera di sebuah syarikat swasta di bandar raya ini terbongkar apabila pengurusan pusat jagaan berkenaan membuat semakan dengan beberapa pihak.

Ketika mendedahkan perkara itu, Pengurus Pusat Jagaan Nur Ehsan, Norijah Bidin berkata, jurutera terbabit yang juga anak tunggal warga emas berkenaan menghubungi pihaknya dan bertanya mengenai kemudahan di pusat itu bermula bulan lalu.

“Lelaki terbabit mengaku jiran warga emas berkenaan dan dalam perbualan telefon, dia menyatakan simpati terhadap nasib lelaki tua itu.


“Lelaki itu turut mendakwa warga emas berkenaan hidup sebatang kara, justeru, dia berhasrat menghantarnya ke pusat jagaan kami.


“Pada masa sama, warga emas itu juga mengalami kesulitan untuk berkomunikasi selain nyanyuk dan gagal memberikan maklumat berkaitan warisnya,” katanya di sini, semalam.