Wednesday, August 15, 2012

Tergamak noda mayat

KAJANG: Seorang gadis bukan saja dibunuh, malah mayatnya dipercayai turut dirogol penyerangnya dalam kejadian bermotifkan samun di rumah mangsa di Taman Taming Jaya Dua, di sini, malam kelmarin.
Mayat Sabturiah Faisal, 19, ditemui terbaring di dalam bilik tidur oleh kakaknya ketika mahu mengejutkan gadis berkenaan untuk berbuka puasa pada jam 7.30 malam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, pihaknya menerima panggilan seorang lelaki pada jam 7.47 malam memaklumkan mengenai kejadian itu.

Katanya, siasatan mendapati mangsa dipercayai dibunuh menggunakan objek tumpul serta jerutan. Beberapa kesan lebam ditemui di tangan kanan dan perut serta kesan jerutan di leher.

“Siasatan awal juga mendapati mayat mangsa dipercayai dirogol penyerang yang dikenali mangsa berdasarkan tiada kesan pecah masuk ditemui di rumah flat berkenaan.

Harian Metro, 15-08-2012

Thursday, August 2, 2012

Didakwa liwat budak tiga tahun

KLANG: Seorang pemandu lori dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, atas tuduhan meliwat seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun tujuh bulan yang dijaga isterinya, Jumaat lalu.

Tertuduh berusia 32 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nor Sharidah Awang.

Lelaki berasal dari Sabah itu didakwa meliwat mangsa di dalam bilik air rumahnya di Telok Gadong Klang, antara jam 5 petang dan 7.30 malam, 27 Julai lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan disebat jika sabit kesalahan.

Nor Sharidah membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 seperti diminta Timbalan Pendakwa Raya, Siti Noor Baya Jamil.

Bagaimanapun, sehingga jam 3.30 petang semalam tiada sesiapa hadir menjamin tertuduh yang kemudian dibawa ke penjara Sungai Buloh.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/03 (Harian Metro)

Mohon simpati

Oleh Nor Shafinaz Sari
am@hmetro.com.my
Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/03


ALOR GAJAH: Seorang warga emas dari Kampung Hilir Pantai, Kuala Sungai Baru, di sini, yang terpaksa menjaga ibunya sejak lapan tahun lalu memohon keprihatinan orang ramai meringankan beban kehidupan mereka.

Jamilah Jaamat, 63, menjaga ibunya Munah Ishak, 86, yang uzur sepenuh masa dan hanya bergantung kepada bantuan RM180 diberikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menampung hidupnya dan ibu.

Menurut Jamilah, jumlah itu tidak cukup untuk perbelanjaan ibunya yang kini uzur dan tidak mampu bergerak.

“Perbelanjaan ibu saya saja memerlukan RM400 sebulan untuk membeli lampin pakai buang, susu dan kos perubatannya.

“Saya sudah banyak kali memohon bantuan untuk ibu walaupun sekadar lampin pakai buang. Pihak berkenaan ada datang meninjau keadaan kami, namun permohonan ditolak dengan alasan anak ramai dan rumah besar,” katanya di sini.

Menurutnya, memang rumah ini bukan pondok buruk, namun mereka tidak tahu kedudukan kewangan yang ditanggung.

“Walaupun adik-beradik saya ramai, mereka semua susah. Memang mereka ada memberi wang sekiranya pulang ke kampung, namun ia tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan ibu,” katanya.

Menurutnya, keadaan kesihatannya yang tidak beberapa baik sejak akhir-akhir ini juga memerlukan kos perubatan untuk dirinya.

Kaki raba payudara dalam lif ditahan

Harian Metro (03-08-2012)

KUALA LUMPUR: Sikap keji seorang lelaki mengambil kesempatan terhadap jiran perempuannya dengan menyentuh buah dada mereka ketika berada dalam lif, membawa padah apabila dia ditahan kelmarin, selepas mangsa terbarunya membuat laporan polis.

Dalam kejadian jam 7 malam itu, remaja perempuan berusia 18 tahun yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat Raya Permai, Sungai Besi di sini, menaiki lif bersama beberapa penduduk lain.

Ketika dalam lif, dia ternampak seorang lelaki, juga tinggal di kawasan perumahan itu yang sering melakukan perbuatan kurang sopan terhadapnya serta mengambil kesempatan terhadap wanita ketika berada dalam lif.

Menurutnya, mangsa mendapat tahu daripada jiran lelaki itu bersikap keji bergesel dengan perempuan sebelum menyentuh buah dada mereka.

“Seperti biasa, mangsa menjauhkan diri namun lelaki berkenaan menunggu semua orang keluar dari lif sebelum menghalang mangsa menyebabkan mereka bergesel ketika remaja itu hendak keluar dari lif.

“Peluang berkenaan digunakan lelaki itu untuk meraba buah dada mangsa sebelum mentertawakannya. Mangsa yang hilang sabar dengan tindakan lelaki itu membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Besi,” katanya.

Susulan laporan itu, sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Seksual dan Penderaan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur menahan suspek berusia 35 tahun itu di rumahnya kelmarin.