Thursday, August 29, 2013

Berita Harian | FAM harus utamakan mutu pengadilan: Khairy


Kuala Lumpur: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar meminta Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi perhatian berhubung mutu pengadilan bola sepak Liga Malaysia (Liga-M).

Katanya, FAM perlu memandang serius mengenai apa yang berlaku pada kejadian di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Sabtu lalu apabila seorang pemimpin tertinggi sebuah kelab yang tersiar dalam laman YouTube mengeluarkan kata-kata kepada pengadil yang menuju ke bilik persalinan selepas berakhir separuh masa pertama.

Berita Harian | 2013/08/29 - 06:19:49 AM

No comments:

Post a Comment