Thursday, August 29, 2013

Berita Harian | Guan Eng sekat Tanda Putera

Georgetown: Kerajaan DAP Pulau Ppinang mahu menyekat penayangan filem kontroversi Tanda Putera di negeri ini yang didakwanya boleh mencetuskan konflik antara kaum dan keharmonian rakyat.

Walaupun penayangan filem bukan dalam bidang kuasa kerajaan negeri, Ketua Menteri, Lim Guan Eng semalam mengarahkan EXCO Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow mengeluarkan surat rasmi kepada pengendali panggung wayang di negeri itu supaya tidak menayangkan filem yang mulai ditayangkan di seluruh negara hari ini.

Berita Harian | 2013/08/29 - 06:03:01 AM

No comments:

Post a Comment